Friday, April 30, 2010

Moved to new blog..

Salam all...

ntah naper rajin pulak nak bukak blog baru...
reason? dont know...
so.. meet u there...
http://akubilerrajin.blogspot.com

bye...

Friday, October 23, 2009

Bermula episode baru

Salam all,

lama giler tak update.. hmmm.. semangat ada.. tapi mata dan badan macam tak mengizinkan... sangat letih... dan rasa tak sihat... sabarlah wahai hati...

Friday, April 10, 2009

Minggu yang meletihkan..

Salam..

Minggu nih.. memang meletihkan.. selasa ayah bebudak nih g johor.. sensorang kat umah.. handle dua orang budak lelaki yang comil nih.. haha.. akif dah tak blh dikatakan comil.. dah nampak cam budak besar..
Pastu start rabu adik ngan ayah demam.. malamnya akif pulak demam.. seharian ayah diorang jaga bebudak tuh semalam.. tapi pas ayah masuk keje malam.. mama plak take over.. bebudak ni bkn leh tido nyeyak.. dengan adik mun*** bila makan ubat.. kat atas katil lagi.. aduh.. letih mengemas.. sian ayah yang baru balik kol 1++ pon kena tolong..
Akhirnya.. arini aku plak yang penin pala.. sempat g pos opis jap.. amik rebet untuk JLM aku.. kaya sket ler.. hehe.. tapi tak singgah mana pon.. tokleh tahan.. beli nasik pon kat cafe jek.. uhmm..
Lupa plak nak share.. JLM tu viva aku utk g keje.. CIK GG ikut ayah plak.. senang sket ada dua kereta.. nak amik budak.. nak anta lambat takde prob.. Alhamdulillah..
arggghh pening dah nak nulis.. laen kali sambung

-effi yg penin-

Friday, March 27, 2009

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112..Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ).

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.



3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

**Untuk mengetahui dengan lebih lanjut.. cubalah buat eksperimen sendiri..

-effi-

Friday, March 20, 2009

SENYAP LEBIH BAIK DARI BERCAKAP

Salam,

Manusia biasa memang tak boleh lari dari perasaan marah, tidak berpuas hati.. dan macam-macam lagilah.. maklumlah.. kita ni hanya makhluk Allah yang lemah.. hidup dipenuhi insan-insan lain yang memang sentiasa diperlukan.. masing-masing dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.. bersabarlah.. cubalah memahami insan-insan lain.. mungkin ada perkara lain tersirat di sebaliknya.. jangan terlalu ikutkan emosi.. marah bukanlah penyelesaian..

hahaha.. cukup ler tuh aku menasihatkan diri aku sendiri.. dah lama tak nulis kat sini.. bila start nulis nih menda yang tak berapa happy plak.. anyway.. dalam tak happy pon aku berjaya mengawal.. tak marah org tau.. cuma tunjuk protes jek.. sian gak diorang.. aku wat tak tau jek.. skejap lagi hilanglah angin aku ni.. hahah..

-aku yang marah tapi control-

Friday, March 13, 2009

KURSUS KAT RESIDENCE..

Salam all,

Yes!.. Arini jumaat.. hari yang aku tak sabar2 tunggu.. nak balik ler.. best kursus ni tapi sbb inputnya byk sangat.. pening gak aku.. untuk orang2 yang dah ada basic ok ler sikit.. tapi untuk aku yang tak tau byk ni... jadik ler susah.. anyway thanks to cikgu hafiz yang banyak tolong kitorang yang selalu dah tertinggal command nih.. laju benor.. kami nih beginner lagik.. heheh..

Tak sabar nak jumpa anak2 dan suami.. mesti harraz dah rindu giler kat mama dier nih.. papa diorang pon mesti dah penat melayan diorang.. kat kursus nih takde amik gambar pon.. so takdelah nak diuploadkan.. lagipon mana ada xtvt menarik melainkan kelas dan kelas.. command dan command.. belajar ler nak guna freebsd nih.. sket apache, ldap.. ok ler.. balik nanti leh ler aku menggodek aku punya server.. hehe.. cuma kena ati2 ler..

Dok kat Residence nih ok ler.. dalam kawasan uniten.. bilik ok ler.. makan pon ok.. just rate ok jer tuh.. takdelah baik sangat.. tapi bersyukur jelah.. dengar cerita pasni dah takde kursus lagi melainkan utk hujung bulan nih utk meeting ptm.. pastu dok jelah kat kolej buat persediaan untuk pendaftaran pelajar nanti..

Nih pon tengah nak tunggu kelas start kol 9.. dok lepak2.. dengan kemudahan hotspot yang kami dapat leh ler surf dengan gumbira.. hehe.. hotel nyer wifi tuh aku tak puas ati sgt.. mana tak nyer.. kat bilik aku satu bar jek.. tensen aku.. laktuh asik terdc jek.. ok ler.. nak study nih.. pasni nak upload sket gambar masa pegi boot camp 3com arituh..

-Mama
Residence Hotel

Monday, March 9, 2009

Kursus Pemasangan dan Konfigurasi Pelayan

Salam..

Hmm... rasa gembira ada.. tak gembira pon ada.. yang bestnya sbb nak g belajar server yg ada kat kolej aku.. tapi yang tak bestnya sebab lama nak dok kat Residence tuh.. tapi demi tugas.. takpelah.. apa yang tak bestnya sbb nak tinggalkan comel aku yang dok menyusu badan tuh.. walaupon dah setahun lapan bulan.. dah sepatutnya berenti tapi belum masa lagi kot untuk dia.. dah macam2 aku cuba.. tapi lom berjaya.. tapi aku tahu, bila aku takde nanti pandai ler dia minum kat bootl.. cuma kalau mak dia ada susah sket..

Semalam sempat gak bawa mereka ke PD.. suka giler mandi laut.. adik sanggup berjemur main ombak + pasir.. tak mau naik kalau ikutkan budak berdua tuh.. mak ngah diorang ngan ayah tak mandi pon.. pelik sket nape ayah takmo mandi.. panas kata dia.. aku tak kisah.. nak sun burn camner pon.. nak gak aku gembirakan budak duorang nih.. hehe..

Malamnya harraz demam plak.. berjemur sakan ler siangnya.. sian plak aku nak tinggalkan.. arinih nak bawah g klinik biasa tuh.. tapi ntah kenapa cuti maulidurasul nih tutup plak klinik dr rosdi nih.. nak g klinik lain aku tak caya plak.. pengalaman mengajar.. harap2 adik cepat baik.. aku belikan sabun taharah.. try pakai.. sbb badan adik tuh beruam-ruam.. cam kena campak plak.. harap2 bukan..

Kat umah sempat gak aku snap gambar budak nih.. pakai aku nyer camera hp jek.. resolution pon sket jek.. takdelah cantik pon.. tapi bulih ler.. akif suka cadar yg aku baru beli nih.. dia ler yang pilih.. hehe..













Semoga kursus aku nih akan cepat berakhir.. 10 mac - 14 mac 2009..