Saturday, February 28, 2009

Bufday Akif..

Salam..

Alhamdulillah.. hari ni dah genap 4 tahun usia anak bujang aku yang satu ni.. sekejap je rasa dia dah besar.. 4 tahun lalu, waktu ni aku masih kat Hospital Sultanah Aminah, JB.. jaga dia sendiri kat dalam wad tuh.. huhu.. jauhnya beza masa aku lahirkan dia dengan Harraz.. Apapon aku bersyukur.. dia anak yang baik.. cuma dia ni lembut hati sikit.. senang je nak meleleh air mata.. dengan adik dia pon aku rasa adik yang jaga dia.. hehe..

Siang tadi dia nampak happy.. ayah dia belikan kek Ben10.. aku plak belikan dia baju Ben10.. yang aku beli kat Pilah.. hehe.. sanggup aku meredah Pilah tuh nak carikkan baju tuh.. mana nak jumpa kalau cari kat Jusco.. mak ngah belikan transformers.. suka betul dia.. tapi ayah ngan mak dia yg lagi pandai maen.. hehe.. nenek belikan baju.. atuk bg duit.. hehe.. walaupon besday dia tapi adik ttp dpt benda yang lbh kurang sama ngan dia.. bezanya, dia punya lg byk atau besar.. gambar tak smpt lg nak upload.. dlm dslr ayah dia..

Semoga Akif akan menjadi anak yang baik, sihat sentiasa, berjaya dalam hidup, diredhai sentiasa di dunia dan akhirat.. aku sentiasa menghalalkan segalanya untuk Muhammad Akif Mirza.. amin...

Mama Akif & Harraz..
+

Wednesday, February 25, 2009

Menguji Kesabaran

Salam,

Untuk yang bakal menjadi ibu dan bapa...
Menjadi ibu dan bapa bukanlah perkara mudah.. menuntut sepenuh pengorbanan dan kesabaran.. huhu.. teringat plak kat mak ngan abah masa aku kecik2 dulu.. sama gak mak ngan apak mertua aku.. pendek kata salute kat mak bapak yg dah berjaya besarkan anak2 yang berjaya.. hehe.. (lebih kurang berjaya jadi org ler aku ni..)

Kesnya.. lebih kurang kol 1++ pagi.. akif sibuk nak ke toilet.. berhajat besar katanya.. nasib baik hubbyku baru siap mandi.. (baru balik keje + maen badminton).. selesai semuanya, lampu pon dipadamkan .. kononnya nak menyambung tido.. tiba2.. terdengar suara akif diikuti dengan mun***.. yang banyak diatas katil aku.. arghh tidak.. aku mengejutkan ayahnya.. kami semua bangun untuk memulakan proses pembersihan.. cadar, mattress protector, tilam.. semua kena.. sabarkanlah aku wahai Tuhanku.. suara suamiku sedikit keras kepada Akif.. walaupon tak kuat tetapi menunjukkan kemarahan.. Kesian bercampur marah aku pada Akif.. Harraz pon turut terbangun.. Pukul 2 lebih barulah segalanya selesai..

Alhamdulillah.. bangun pagi tidaklah terlalu sukar untuk aku memandangkan kami dah masuk tidur awal.. cuma kesian pada suamiku.. Sabar ye sayang..

Untuk semua..
Rumah jiran selang 2 rumah dari rumah aku dimasuki orang.. Ni pon kes menguji kesabaran jugek.. Siang2 hari pulak tu.. Siapalah punya kerja.. Polis pon datang untuk membuat siasatan.. Harap2 dapat tangkap org yang bertanggungjawab.. Alhamdulillah aunt sebelah umah tu housewife.. Harap2 dia boleh tengokkan rumah aku.. Walaupon takde simpan intan berlian tapi banyak yang berharga bagi kami.. Baru semalam berborak dengan Kak Nun pasal ni..

Semoga Allah sentiasa memberikan kami kekuatan, kesabaran dan semoga kami akan dilindungi dari perkara yang tidak baik.. Amin..


-Effi-


Saturday, February 21, 2009

TIPS ELAK ANAK HILANG DI SHOPPING KOMPLEKS

Salam semua..

Kira pengalaman yang mendatangkan trauma ler gak.. yelah.. pergi ke shopping kompleks yg tak sampai 5 minit pon dari rumah.. dah tu ayah bebudak ni kerja kat situ plak.. malu aku.. yang lagi best ditemani dengan adik dan kakak plak tu.. anak pon dua je.. hehe.. kelemahan aku.. jaga budak 2 orang pon cuai.. selepas aku merenung-renung dan mencari penyelesaian di pelbagai web, aku listkan tips untuk bawak budak ke shopping kompleks untuk renungan aku dan insan lain yang bergelar ibu..



TIPS ELAK ANAK HILANG DI SHOPPING KOMPLEKS


1) Sentiasa pastikan tangan kita memegang tangan anak, atau anak menarik atau memegang tangan atau pakaian kita. Paling kurang mata mesti sentiasa pada anak2..
2) Jangan harapkan pasangan atau orang lain sahaja meneliti anak. Perlu sentiasa pastikan anak betul2 ada bersama.
3) Letakkan tag/kad kecil yang mengandungi nama anak, nama ibu bapa, nombor telefon ibu bapa dan alamat. Letakkan dalam poket tetapi boleh dilihat sedikit hujungnya. <- ada pro and con. Kalau boleh ajar anak hanya untuk memberikan kertas tersebut pada orang tertentu atau beruniform. (aku baru nak buat nih)
4) Letakkan anak2 dalam troli. Memang selamat tapi tak semua anak mahu duduk diam dalam troli.
5) Jangan terlalu mengikut nafsu semasa terlihat barang dengan harga murah. Ingat sentiasa pada anak2.
6) Jangan bawa anak ke shopping kompleks sekiranyaterdapat jualan murah satu hari dimana jumlah pengunjung melebihi hari biasa.

Ingat, anak bukan boleh dijual beli. Bersyukurlah anak aku dijumpai oleh orang yang sepatutnya. Alhamdulillah. Kalau org yang berniat jahat.. Nauzubillah.. Semoga ia takkan berlaku lagi kepada anak2ku dan semua pembaca.. Sentiasa beringatlah.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Kenapa MIRZA?

Salam..

Mirza tu ada maksud tersendiri.. 'Anak yang baik'.. harap2 akan menjadi kenyataan.. Setakat ni Alhamdulillah.. Ni gambar Mirza yang aku ada.. Ni gambar masa diorang kecik ler.. gambar biler dah besar pasni aku masukkan plak..



Muhammad Akif Mirza





Muhammad Harraz Mirza



Akif lahir 2005 manakala Harraz 2007.. Mereka ni nampak lebih kurang je masa kecik tapi biler dah besar sket.. suma lain.. mata lain.. karektor lain.. cuma kengkadang aku pakaikan baju yang sama.. saja suka..

Moga mereka akan menjadi anak yang soleh dan diredhai di dunia dan akhirat.. Amin..

-Mama MIRZA-

Friday, February 20, 2009

20 Feb 2009 -->Start My Blog...

Hi all,

Arini last day kursus portal.. start tgk zatul(lect) punya blog.. mencetus minat plak untuk aku berblog ni.. hehe.. ok gak ler.. thanks to zatul..

First post ni byk nak tulis tapi masa terlalu menyemburui aku.. hehe.. nak g solat sebonarnya.. hehe.. mungkin pasni leh tulis byk lagik..

Salam 'blog'
-aku-