Saturday, February 21, 2009

TIPS ELAK ANAK HILANG DI SHOPPING KOMPLEKS

Salam semua..

Kira pengalaman yang mendatangkan trauma ler gak.. yelah.. pergi ke shopping kompleks yg tak sampai 5 minit pon dari rumah.. dah tu ayah bebudak ni kerja kat situ plak.. malu aku.. yang lagi best ditemani dengan adik dan kakak plak tu.. anak pon dua je.. hehe.. kelemahan aku.. jaga budak 2 orang pon cuai.. selepas aku merenung-renung dan mencari penyelesaian di pelbagai web, aku listkan tips untuk bawak budak ke shopping kompleks untuk renungan aku dan insan lain yang bergelar ibu..



TIPS ELAK ANAK HILANG DI SHOPPING KOMPLEKS


1) Sentiasa pastikan tangan kita memegang tangan anak, atau anak menarik atau memegang tangan atau pakaian kita. Paling kurang mata mesti sentiasa pada anak2..
2) Jangan harapkan pasangan atau orang lain sahaja meneliti anak. Perlu sentiasa pastikan anak betul2 ada bersama.
3) Letakkan tag/kad kecil yang mengandungi nama anak, nama ibu bapa, nombor telefon ibu bapa dan alamat. Letakkan dalam poket tetapi boleh dilihat sedikit hujungnya. <- ada pro and con. Kalau boleh ajar anak hanya untuk memberikan kertas tersebut pada orang tertentu atau beruniform. (aku baru nak buat nih)
4) Letakkan anak2 dalam troli. Memang selamat tapi tak semua anak mahu duduk diam dalam troli.
5) Jangan terlalu mengikut nafsu semasa terlihat barang dengan harga murah. Ingat sentiasa pada anak2.
6) Jangan bawa anak ke shopping kompleks sekiranyaterdapat jualan murah satu hari dimana jumlah pengunjung melebihi hari biasa.

Ingat, anak bukan boleh dijual beli. Bersyukurlah anak aku dijumpai oleh orang yang sepatutnya. Alhamdulillah. Kalau org yang berniat jahat.. Nauzubillah.. Semoga ia takkan berlaku lagi kepada anak2ku dan semua pembaca.. Sentiasa beringatlah.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

3 comments:

  1. yeah...good info...

    ReplyDelete
  2. hehehe...maksu pun cuak..tp pengalaman mengajar kite..hehe..plg klaka abg menangis tp adik ilek je..

    ReplyDelete
  3. Tu ler tu.. Adik tu memang bersemangat kental.. Hehe..

    ReplyDelete